~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Wednesday, October 31, 2012

BESAR PUNYA GAMBAR.

Hai... Apa Khabar semua...??
Semoga semuanya sejahtera hendaknya.
Episod kali ini adando nak bercerita tentang
"BESAR PUNYA GAMBAR"
Gambar siapa lagi kalau bukan gambar anak anak adando.

Gambar ini adando buat sewaktu adando balik sg Petani
pada pertengahan bulan Oktober dulu.
So sewaktu pulang menyambut raya aidil Adha tempohari
gambar ini dah siap.
Adando test letak gambar di diruang tamu rumah mertua.
Bukan apa, Klu letak bawah bebudak ni dok usung sana sini.
Teruja gambar depa lebih besar dari diri depa sendiri.
Jadi sebagai langkah keselamatan
adando gantungkan sementara diruang tamu rumah mertua.
Mertua adando pun ingat gambar ni kekal kat situ.
Sorrylah abah & Mak B.long cuma pinjam tempat untuk seketika.
Tapi tak sampai hati pula
sebelum balik ke KL
Adando buatkan lagi gambar ni untuk abah & Mak tengok klu rindu pada cucu cucu dia.
Adando buat untuk semua cucu cucu dia cuma sizenya adando kecilkan.
Buat 1 X 1 kaki aje...
Harganya dalam RM 25.00.
Cucu semua ada 6 orang
Semua sekali RM 150.00 sahaja.

Gambar gambar anak adando ni
Size 2 X 3 kaki.
Memang besar dan harganya cuma RM65 sahaja.
RM65.00 X 3 = RM 195.00.
My First Princess
Very teruja bila gambar ni adando bawa balik.
Sukalah sangat.


Sekarang ni Princess Esya klu ambil gambar taknak senyum
sebab
GIGI SUSU DEPAN DAH TAK ADA....!!!!
ha...ha...ha....
(Nanti adando buat entry dia cabut gigi...)
My Prince ni lagilah
jadi tak keruan.
"Mak aiii..... Besarnya gambar abang..
Tapi kenapa Daddy tak buat gambar BEN 10..??"
Dia ini memang tak habis habis dengan BEN 10.
"Baiklah...Lepas ni daddy buat gambar abang yang pakai baju BEN 10"


My second Princess.
Riang betul tengok gambar dia besar ni.
Berapa kali dia cium.
nasib baik atas kanvas ni
basah kena air liur dia pun boleh lap aje....


Lagi besar gambar dari tuan empunya gambar.
Penuh dinding rumah adando dengan frame gambar ni.

Oklah...
Kepada pembaca yang nak minta tolong adando buatkan gambar berserta frame ni adando boleh tolong.
harga mengikut size yang adando tulis awal awal tu.
kalau nak size yang lagi besar boleh juga.
Tapi harga adando kena tanya kedai tu.
Email gambar yang nak dibuat pada adando.
Dan adando akan emailkan gambar tu pada kedai yang buat tu.
Seminggu sebelum adando pulang Sg Petani adando akan email kedai tu,
Bila balik Sg Petani adando ambil dan bawa balik KL.
Penghantaran sekitar Lembah Kelang adando sendiri yg akan hantar
sebab adando tak nak gambar tu rosak bila sampai ditangan anda.
Boleh aje email adando kalau nak tanya apa apa pasal frame gambar ni.
Menurut sepupu adando yang part time Fotograper
kalau kat KL size yang adando buat ini dalam RM100 lebih.
Iya atau tidak itu adando tak pasti.
tapi kalau berminat email aje adando.
Tolong menolong...
disamping itu boleh juga berjumpa dengan anda nanti...
OK...
ROGER....!!!!!

Monday, October 22, 2012

KESAYANGAN......

Hai... Selamat semua.
Salam sejahtera juga kepada pembaca blog adando ni.
Biarpun sepanjang minggu ini adando sibuk dengan tugas hakiki di pejabat
namun adando sempat juga nak up date blog ini.
Inilah 3 permata hati adando dan wife.
Tanggungjawab dan amanah yang besar anugerah dari Allah kepada kami.
Sepanjang 10 tahun tempoh perkongsian hidup adando dan wife
kami dianugerahkan 3 permata hati pengarang jantung
pengikat dan pengukuh kasih sayang kami suami isteri.
Syukur Al-hamdulillah atas kurniaan ini.
Syukur yang teramat kepada Allah kerana mengurniakan kami
anak anak yang Comel, Cute, Bijak, Cerdik dan petah.
Seorang putera dan dua puteri.
Pelengkap bahtera perkawinan adando.
menceriakan hidup dan meriuhkan rumahtangga adando.
Anak sulong Adando.
Nama : Aida Syadiena Illiesya Bt. Shahadan.
Usia 6 tahun.
Tahun depan dah start masuk Sekolah Kebangsaan.
Memang suka akan berposing.
Sentiasa nak nampak cantik.
Minat kepada benda benda seni.
Pantang jumpa Buku, Pen / Pensil dan colour.
Memang minat dari kecil lagi
Suka menyanyi / menari.
Wekend mesti minta bawa ke Karaoke.
Daddy adando layan aje
coz minat yang sama.
Sekarang ni dah laju membaca dan menulis.
pantang nampak bahan bacaan.
Esya ni agak pendiam dan tak banyak cakap.
Sebagai anak sulong dia seorang yang selalu mengalah dengan adik adik.
Haa.... ini anak no 2 adando.
Satu satunya anak teruna adando.
Aidid Airiel Shahreza Bin Shahadan.
Usia 4 tahun.
Tahun depan start masuk sekolah Tadika.
Awal awal dah beritahu dia nak sekolah Q~dess.
Karektor dia memang banyak berbeza dengan kakaknya.
iyalah...dia lelaki kakaknya perempuan.
Airiel ni banyak cakap.
Berbeza dengan kakaknya..
Kalau kakak suka buku, pen,colour
Airiel pula suka akan Permainan.
dan semuanya klu boleh nak ada karektor Ben 10.
Tak sabar pula adando nak tengok dia ke sekolah.
Dengan Kenakalannya tak tahulah mcm mana kat sekolah nanti.
Harap harap bolehlah dia contohi kakaknya.
Yang ini anak bongsu adando.
Aida Eryna Qaireen Binti Shahadan.
berusia 2 tahun.
Sangat Manja.
Sekarang ni tengah sibuk dan belajar nak explore.
Apa saja yang kakak & abangnya buat
sure dia nak juga.
Kalau kakaknya suka Princess.
Abang pula suka Ben 10.
Dia juga ada karektor kartun yang dia suka.
MICKEY MOUSE & MINNIE MOUSE.
Layan ajelah.....
Eryna...Memang manja...
Tak boleh langsung nak tinggi suara dekat dia.
Sure dia merajuk dan mula nak nanggis....
Inilah..ketiga tiga anak adando.
setiap sorang ada ragamnya sendiri.
Daddy & Mummy sayang sangat pada semua.
Ok..
Bye...
Jumpa lagi next entry...

Friday, October 12, 2012

Annual Konsert & Konvokesyen My Princess.

Hai semua...
Lama sudah adando tak berblog ni.
Bukan tak jenggah tapi cuma tak masukkan entry aje.
Ni mood sudah ada
Tapi
Suam suam kuku aje mood ni.

Adando pun tak tahu nak mulakan yg mana dulu.
banyak sangat benda yg nak dikongsikan.
Oklah
adando buka story pasal
ANNUAL KONSERT & KONVOKESYEN anak Adando.
Siapa lagi klu bukan
Si Princess Aida Syadiena Illiesya.

Sudah 2 tahun E'sya bersekolah di Q~dess
Di Bukan Rahman Putra Sungai Buloh.
Start umur 5 tahun lagi.
Al-hamdulillah...
Biarpun berbelanja lebih untuk persekolahannya
namun adando dan wife sangat berpuas hati
dengan perkembangannya.
Sudah boleh membaca bahasa melayu dan Inggeris dengan pantas,
 mengira campur tolak bahagi darab dengan cepat.
Bercakap bahasa inggeris dan faham bahasa inggeris.
Memang berbaloi.

Tahun ni merupakan tahun terakhir dia bersekolah disana.
Tahun hadapan akan masuk Darjah 1 di sekolah kebangsaan.
so
pada 23 September yang lepas (Lama sudah.....)
Majlis Annual Konsertnya dan majlis konvokesyen.
Venue: S.J.K. (C) Chee Ween, USJ 1,
Persiaran Subang Mewah,
47600 Subang Jaya.
Tempat yang sama seperti tahun lepas.
Klik aje kat bawah ni untuk annual konsert tahun lepas
v
v
Annual Concert part 01
v
v
Annual concert part 02
V
V
v
Annual concert part 03

Tahun lepas pakaian ala ala Inggeris.
Dress Pendek polkadot.
Tahun 2012 ini
Lebih kemelayuan sikit.
Layan aje gambar dibawah ni.
Comel anak daddy.
Dah macam penari pakngah pula.
hi...hi...hi.....
Gambar ni adando ambil sewaktu dia terima baju ni.
2 hari sebelum konsert.
So try dulu sebelum hari konsert.
Manalah tau kot kot tak sesuai so boleh repair.

Inilah stage yang sama seperti tahu n lepas.
Cuma backdrop aje bertukar.
Konsert bermula jam 4 petang
tapi ibubapa teruja jam 3.00 petang dah penuh dewan.
Nak beri sokongan pada anak.
Murid murid sampai pukul 3.30 petang.
mereka semua menaiki Bas yg telah disediakan oleh pihak Sekolah.
tahun ini combain sekolah Qdess Sg Buloh dan Rawang.
Persembahan pembukaan dari Q~dess Sg Buloh.
murid murid berusia 6 tahun.
Tarian yang dipersembahankan
Tarian kuda Kepang dan lagunya Kuda Hitam.
Murid murid perempuan semua pakai topeng...
Jenuh juga nak cam mana satu anak sendiri...
Sbb semuanya kecil molek belaka...
Yg ini pula budak budak berusia 3 dan 4 tahun.
Comel dan cute.
Rasa tersentuh pula hati bila mereka yg berusia 3 - 4 tahun
boleh ingat step untuk menari.
Kagum dengan kesabaran dan kebolehan cikgu yang mengajar.

yang ini pula persembahan dari Q~dess Rawang.
usia 5 tahun.
Memang comel comel budak budak ni.
kena pula dengan costume yang bling bling...
Selesai acara tari,
pertengahnya pula majlis konvokesyen.
Inilah princess adando.
Menerima Sijil dari Principal Q~dess Bukit Rahman Putra
Miss Rose.
Masa ni rasa terharu sesangat.
Ya Allah....
Suatu hari nanti engkau kembalikanlah semula saat sebegini
kepada anakku
tapi ketika itu mungkin betul betul segenggam Ijazah.
Amin.
Bergambar kenangan bersama rakan rakan sekelas.
Sempat lagi princess Esya melambaikan tangan.
Seronok sangat adando tengok time ni.
Persembahan diteruskan lagi dengan tarian tarian dan macam macam lagi.
Show dari Q~dess Rawang.
Persembahan ke dua.
lagu horey horey...
kali ini agak seksi sikit...
tapi tetap comel kanak kanak ni.
Selepas selesai semua persembahan.
Esya sibuk nak bergambar dengan teacher dia.
inilah teacher Suria guru kelas esya.
Teacher suria ini banyak membantu dan mengajar esya.
Terima kasih Teacher suria atas tunjuk ajar dan bimbingan
terhadap my Princess.
Sebelum balik mummy pun nak pose juga.
My Prince Aidid tu dah teruja sangat nak sekolah.
Insyaallah..
Tahun hadapan Abang juga akan daddy hantar ke sekolah Q~dess.
My Prince & My Princess.
"Daddy...Kakak kita cantikkan pakai macam ni...." kata Aidid.
"Yup...Kakak kita memang cantik dan abang pun Hensem.." kata adando.

Sekian sahaja untuk kali ini cerita tentang Annual Konsert dan Konvokesyen my princess Aida Syadiena Illiesya,
Insyaallah..
Tahun hadapan cerita tentang Annual konsert Q~dess 
tapi masa tu Prince Aidid Airiel Shahreza pula.

Bye...!!!